Saturday, February 14, 2015

CARTA ALIRAN BAGI MEMPEROLEHI LESEN MEMANDU KELAS D DI PMHU

LANGKAH 1. PENDAFTARAN
·         Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat PMHU atau di cawangan PMHU yang berdekatan.
·         Pendaftaran boleh dibuat melalui Pengajar / Agen kami..
LANGKAH 2. KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP01)
·         Tempoh : 6 jam
·         Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang (termasuk waktu rehat)
·         Syarat umur : 17 tahun ke atas
·         Pakaian : Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
: Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
·         Dokumen yang diperlukan :
1.     Resit bayaran
2.     Salinan kad pengenalan atau salinan passport bagi calon bukan warganegara Malaysia.
3.     Kad pengenalan sebenar mesti dikemukakan pada hari kursus.
LANGKAH 3. TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
·         Tempahan boleh dibuat melalui ibu pejabat PMHU atau mana-mana cawangan PMHU.
·         Dokumen yang diperlukan :
1.     Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
2.     Slip Ujian Buta Warna
3.     No Siri Buku KPP
LANGKAH 4. UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
·         Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat Rilek Kudat.
·         Calon yang ingin menjalani Ujian Bertulis di ibu pejabat JPJ negeri, perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
1.     Gagal Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer sebanyak 3 kali.
·         Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang seterusnya.
LANGKAH 5. MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
·         Pihak PMHU akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LDL) dan dihantar ke JPJ.  
·         Lesen Belajar Memandu (LDL) akan siap diproses di JPJ dalam masa 3 hari.
LANGKAH 6. MENDAPATKAN LESEN L
LANGKAH 7. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU 02 (KPP 02) – 5.5 JAM
·         Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi Lesen Belajar Memandu (LDL).
·         Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
·         Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 5.5 jam.
·         Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.
·         1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
·         2. Pakaian yang kemas dan sopan
·         3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 8. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU 03 (KPP 03) – 10 JAM
·         Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi borang belajar memandu ( SM4).
·         Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
·         Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 4 jam (rehat 1 jam selepas tamat 2 jam latihan sebelum menyambung baki jam latihan).
·         Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu :
·         1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
·         2. Pakaian yang kemas dan sopan
·         3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 9. TEMPAHAN UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
·         Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.
·         Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap.
LANGKAH 10. UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
·         Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
·         Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.
·         Syarat yang perlu dipatuhi semasa Pra-Ujian :
1.     1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
2.     2. Pakaian yang kemas dan sopan
3.     3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 11. TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ
·         Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
·         Dokumen yang diperlukan :
·         1. Salinan kad pengenalan
·         2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang masih sah.
·         3. Lesen P atau CDL (jika ada).
·         4. Salinan keputusan ujian teori undang-undang berkomputer
LANGKAH 12. UJIAN PRAKTIKAL JPJ
·         Dokumen yang diperlukan :
·         1. Kad pengenalan
·         2. Lesen Belajar Memandu (LDL )
·         3. Lesen P atau CDL (jika ada)
·         Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
·         Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh memproses lesen memandu.
·         Calon yang gagal Ujian Praktikal JPJ perlu membuat tempahan untuk ujian ulangan.
LANGKAH 13. MEMPROSES LESEN MEMANDU
·         Dokumen yang diperlukan :
1.     1. Salinan kad pengenalan
2.     2. Lesen Belajar Memandu (LDL)
3.     3. Borang JPJL1 yang lengkap.
4.     4. Gambar berukuran lesen
5.     Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU di mana anda mendaftar untuk memproses lesen memandu.
6.     Pihak PMHU akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja
LANGKAH 14. MENDAPATKAN LESEN P


Saturday, June 15, 2013







Lesen memandu baru kereta dan motor bersekuriti tinggi 2013 (LMBT) diperkenalkan umum. Kad lesen terbaru itu mempunyai ciri keselamatan lebih baik untuk jangka masa panjang berbanding lesen lama. Pihak JPJ akan menguatkuasakan kad lesen memandu terbaru itu kepada semua pengguna mulai 15 Julai 2013 bagi mengantikan lesen lama sejak tahun 1989.

gambar-lesen-baru-2013

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru
  • Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
  • Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
  • Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Cara Gantikan Lesen Memandu Baru

Pejabat JPJ
Kad tersebut boleh didapatkan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai 2013.
Pejabat Pos
Lesen baru itu akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November 2013.
 

Thursday, May 16, 2013


JENIS-JENIS LESEN MEMANDU
Terdapat beberapa jenis lesen memandu yang dikeluarkan.Jenis-jenis lesen memandu yang dikeluarkan adalah mengikut kegunaan sesuatu lesen itu seperti berikut :-
  1. Lesen belajar memandu bagi membolehkan seseorang belajar memandu (LDL)
  2. Lesen memandu percubaan bagi membolehkan pemandu baru memandu (PDL)
  3. Lesen memandu kompeten bagi membolehkan pemandu yang telah selesai tempoh percubaan memandu (CDL)
  4. Lesen memandu vokasional bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan (PSV, GDL, lesen konduktor).
KELAS-KELAS LESEN MEMANDU
 
JPJ Mengeluarkan lesen memandu seperti berikut:
 

 

Monday, April 9, 2012

Perlaksanaan Versi Baru Sistem Biometrik di Pusat Ujian eKhidmat

Pihak JPJ telah menambahbaik dan meningkatkan keupayaan mengawalselia sistem operasi di Pusat Ujian eKhidmat....oleh itu,

a) Pengunaan single ID (mykad) sepenuhnya dalam proses pembelajaran memandu.
b) Pengunaan Smartcard yang di keluarkan oleh pihak JPJ hanya untuk calon bukan warganegara

Sunday, January 8, 2012

Transmisi Auto, Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu Baru...Harga Naik Lagi.....


KUALA LUMPUR, 28 Dis — Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.
“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.
Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.

“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.
Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.
Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.
Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.
Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.
Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.
Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.