LANGKAH 1. PENDAFTARAN
·
Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat PMHU atau di cawangan PMHU
yang berdekatan.
·
Pendaftaran boleh dibuat melalui Pengajar / Agen kami..
LANGKAH 2. KURSUS
KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP01)
·
Tempoh : 6 jam
·
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang (termasuk waktu rehat)
·
Syarat umur : 17 tahun ke atas
·
Pakaian : Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
: Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
: Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
·
Dokumen yang diperlukan :
1.
Resit bayaran
2.
Salinan kad pengenalan atau salinan passport bagi calon bukan
warganegara Malaysia.
3.
Kad pengenalan sebenar mesti dikemukakan pada hari kursus.
LANGKAH 3. TEMPAHAN UJIAN
TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
·
Tempahan boleh dibuat melalui ibu pejabat PMHU atau mana-mana cawangan
PMHU.
·
Dokumen yang diperlukan :
1.
Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
2.
Slip Ujian Buta Warna
3.
No Siri Buku KPP
LANGKAH 4. UJIAN TEORI
UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
·
Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat
Rilek Kudat.
·
Calon yang ingin menjalani Ujian Bertulis di ibu pejabat JPJ
negeri, perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
1.
Gagal Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer sebanyak 3 kali.
·
Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang
seterusnya.
LANGKAH 5. MEMPROSES
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
·
Pihak PMHU akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk
memproses Lesen Belajar Memandu (LDL) dan dihantar ke JPJ.
·
Lesen Belajar Memandu (LDL) akan siap diproses di JPJ dalam masa
3 hari.
LANGKAH 6. MENDAPATKAN
LESEN L

LANGKAH 7. KURIKULUM
PENDIDIKAN PEMANDU 02 (KPP 02) – 5.5 JAM
·
Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas
memperolehi Lesen Belajar Memandu (LDL).
·
Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU (tempat di mana
calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
·
Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari
adalah selama 5.5 jam.
·
Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon
tamat menjalani latihan KPP 02.
·
1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
·
2. Pakaian yang kemas dan sopan
·
3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 8. KURIKULUM
PENDIDIKAN PEMANDU 03 (KPP 03) – 10 JAM
·
Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas
memperolehi borang belajar memandu ( SM4).
·
Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU (tempat di mana
calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
·
Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari
adalah selama 4 jam (rehat 1 jam selepas tamat 2 jam latihan sebelum menyambung
baki jam latihan).
·
Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu :
·
1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
·
2. Pakaian yang kemas dan sopan
·
3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 9. TEMPAHAN UJIAN
PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
·
Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian
Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan
seperti di atas.
·
Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan
lengkap.
LANGKAH 10. UJIAN
PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
·
Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa
tempahan yang telah dibuat.Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian
(Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
·
Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di
atas. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal
JPJ.
·
Syarat yang perlu dipatuhi semasa Pra-Ujian :
1.
1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
2.
2. Pakaian yang kemas dan sopan
3.
3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 11. TEMPAHAN
UJIAN PRAKTIKAL JPJ
·
Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
·
Dokumen yang diperlukan :
·
1. Salinan kad pengenalan
·
2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang masih sah.
·
3. Lesen P atau CDL (jika ada).
·
4. Salinan keputusan ujian teori undang-undang berkomputer
LANGKAH 12. UJIAN
PRAKTIKAL JPJ
·
Dokumen yang diperlukan :
·
1. Kad pengenalan
·
2. Lesen Belajar Memandu (LDL )
·
3. Lesen P atau CDL (jika ada)
·
Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan
oleh JPJ.
·
Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh memproses lesen
memandu.
·
Calon yang gagal Ujian Praktikal JPJ perlu membuat tempahan
untuk ujian ulangan.
LANGKAH 13. MEMPROSES
LESEN MEMANDU
·
Dokumen yang diperlukan :
1.
1. Salinan kad pengenalan
2.
2. Lesen Belajar Memandu (LDL)
3.
3. Borang JPJL1 yang lengkap.
4.
4. Gambar berukuran lesen
5.
Sila rujuk ibu pejabat PMHU atau cawangan PMHU di mana anda
mendaftar untuk memproses lesen memandu.
6.
Pihak PMHU akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ
dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja
LANGKAH 14. MENDAPATKAN
LESEN P

No comments:
Post a Comment